Saturday, 24 October 2020

AKU NAK JADI PENULIS

Hai semua..  
(Hahaha walaupun sebenarnya aku tak tahu aku hai kat siapa, biarlah aku berangan-angan ada yang lihat entri aku yang super noob ni)

Bila memikirkan esok hari Ahad, hari pertama dalam seminggu aku bekerja kepala aku mula rasa sakit. Ditambah pula, bila aku melihat skrin telefon terdapat satu mesej Whatsapp dari rakan sekerja yang bertanyakan soal kerja, lagi berdenyut-denyut kepala serta hatiku tidak tenteram.
(Tapi harini aku bukan ingin bercerita mengenai tempat kerjaku)

Penulis, melihat perkataan ini sahaja boleh membuatku tersenyum. Mana tidaknya, sejak dari zaman sekolah rendah lagi aku telah mencanang angan-angan ku ini kepada semua rakan-rakan sekolah malah cikgu yang mengajar juga dengan kata-kata "Nanti jangan lupa beli novel saya ya, nama penanya Lavender Biru"
(Ok .. sejujurnya nama pena yang aku sebut waktu ketika itu bukanlah seperti dinyatakan. Setelah dipandang pelbagai sudut aku telah mengubahnya menjadi "Lavender Biru")

Aku terus mencapai telefon pintarku lalu terus masuk ke laman pencarian dan mula menaip "Bagaimana menjadi seorang penulis?". Maka terkeluarlah entri dan tips yang berkaitan. Disinilah aku membaca entri dari blog-blog yang ada, yang memberi semangat untuk aku cuba menapak dalam bidang ini. Antara blog yang memberi impak yang tinggi ialah Kehidupan, miakaftiya dan IncheNaim.
(Izinkan saya tag blog kalian ya. Sila beri tunjuk ajar)

Apa yang aku fahami setelah aku membaca entri-entri mereka, pertama sekali aku perlu tahu 'Niche Area' apa yang aku ingin bawa.  Sepanjang 25 tahun aku dimuka bumi ini, aku tak pernah fikir. Pengalaman menulis aku sangat cetek, setakat cerpen pendek sewaktu sekolah rendah dan cerpen yang tidak jadi diterbitkan di majalah sekolah menengah disebabkan terlalu panjang. Tapi persamaan antara dua cerpen ini adalah kisah persahabatan.
(Aku tak pastilah itu boleh dikategorikan sebagai pengalaman atau tidak. Waktu sekolah rendah waktu itu, beberapa Guru turut membantu memperbaiki tatabahasaku. Manakala, waktu sekolah menengah pula, walaupun tidak diterbitkan ianya tetap menjadi bacaan rakan-rakan di asrama dengan hanya dicetak di atas A4 tiga helai depan belakang. Aku gembira melihat mereka boleh menitikkan air mata semasa membacanya seperti aku menangis tika menulisnya.)

Tapi untuk hari ini aku masih berteka-teki dengan ' 'Niche Area' apa yang aku nak bawa.